Masihkah malam bertahan,
Dengan keramaian,
Masihkah sunyi ada,
Tatkala gemuruh menjadi raja.

Tidak!
Ramai hanya tatkala petang,
Ramai hanya tatkala awal malam.

Selebihnya,
Sepi, sunyi, sendiri,
Sepi dalam sunyi,
Sunyi dalam sendiri,
Sendiri dalam sepi.

Buat apa ramaimu jika,
Sepi, sunyi, sendiri adalah kesejatian.

D.22.4.18

 

Advertisements